 |
manik lama salah satu hantaran kahwin
|
 |
i'nu kelem/manik kelem |
hai semua....................
sedikit perkongsian mengenai adat perkahwinan secara tradisional kaum kenyah di sarawak.
Di sini saya akan kongsi gambar-gambar semasa majlis adat pepeto saya sendiri.
Sebelum majlis berlangsung,penduduk kampung akan mengadakan gotong royong memasak,potong daging,mengemas pentas dan sebagainya.
 |
gotong-royong |
 |
memasak daging |
segala persiapan akan dilalukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung..
Acara Adat Pepeto akan dimulakan dengan tarian Lekopa(barisan panjang) oleh kaum wanita dan juga kaum lelaki.
 |
Lekopa dari pengantin lelaki |
 |
semangat kaum lelaki membawa pengantin lelaki |
 |
Lekopa kaum wanita |
 |
Tarian Lekopa kedua-dua pengantin
|
Tarian Lekopa akan dilakukan oleh barisan kaum lelaki dan wanita mengelilingi ruai .Selesai tarian Lekopa dilakukan barulah kedua-dua pengantin dipersilakan duduk.Acara Adat Pepeto akan diteruskan oleh pengacara majlis.
 |
ala'k putun kayu |
 |
ala'k putun kayu |
Diteruskan dengan acara mengambil kayu di bawah rumah sebanyak 8 pusingan(mengikut pangkat keturunan).Ia diibaratkan pasangan pengantin apabila sudah mendirikan rumahtangga kemudian hari akan melalui liku-liku kehidupan dan bersedia susah-senang hidup bersama.
 |
pengantin lelaki memotong kayu |
selesai acara mengambil kayu di bawah rumah,diteruskan dengan ucapan dari ketua kampung/penghulu sebagai nasihat kepada kedua-dua pengantin.
 |
ucapan/nasihat penghulu kampung |
Penghujung majlis Adat Pepeto,sesi bergambar bersama pengantin dilakukan..selepas itu majlis akan dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian solo oleh saudara-mara pengantin .
 |
tarian solo perempuan |
 |
tarian solo lelaki |
Selesai majlis Adat pepeto,semua akan makan bersama pengantin di ruai.cukup meriah kerana dapat bergaul and berjumpa sesama saudara-mara.Sebelah malam akan diteruskan dengan aktiviti santai dimana sesiapa saja akan berpeluang menunjukkan bakat masing-masing dalam tarian tradisional
dengan diiringi muzik sape.
 |
ngajat solo kiut/tarian ngajat menggunakan pinggan |
 |
oko lung -Legend |
 |
bapa pengantin perempuan |
 |
ngajat perempuan&lelaki |
 |
ngajat solo persembahan |
sekian sahaja perkongsian adat perkahwinan orang kenyah(orang Ulu) dari saya.
Comments
Post a Comment