Krabi & Phuket Trips | DAY 1




Krabi&Phuket|18.09.2017|DAY 1




hai semua. . . .ni merupakan kali pertama dalam hidup saya melancong ke luar negara.kecian kan..ehehe..tapi yang bestnye dapat melancong bersama suami tercinta dan juga kawan2.Mula2 main ajak2 je trip ni dengan kawan2 tapi xtau pla menjadi.ehehe..

KLIA2

tukar duit ke baht



Saya dan suami ambil flight dari KLIA2 ke Krabi sebelah petang.Sampai dekat Airport Krabi pun dalam jam 4pm macam tu. .sudahlah hujan lebat..hurm..punye la sejuk.hari sebelum bertolak kami tukar duit di KL sahaja.






belaungdaduk.blogspot.com
Passport 
dalam flight




Airport krabi

 


Sampai sahaja di airport saya dan suami segera ke tempat menjual simkard.Sambil tu duduk sahaja di airport menunggu kawan2 yang lain sampai sebab xsama flight.

simkard di thailand

kumpul bersama kawan sementara tunggu yang lain



     
Bila kawan2 dah sampai kami terus bertolak menggunakan van dari airport Krabi ke Phuket yang mengambil masa 3 jam lebih.sakit buntut. .Ingatkan dekat woiii...bayangkan bertolak dari airport krabi dalam jam 5pm dan sampai di phuket dalam jam 8 malam.Kami terus check in di hotel.xingt la dia punya nama tapi memang berbaloi dengan harga.dahla cantik,ada balkoni.ehe..









Masing2 masuk bilik dan mandi.Dalam jam 9 malam kami keluar semula untuk  mencari makanan di tempat yang berdekatan.Kebetulan juga ada pasar malam tidak jauh dari hotel kami.Semua makanan sedap2.mungkin sebab semua kelaparan.ehe. .Harga makanan pun sangat berbaloi dan tidaklah terlalu cekik darah.Permandangan malam di Phuket memang sangat cantik dan dipenuhi dengan pelancong dari pelbagai negara.



sate-sate

permandangan di phuket waktu malam

kimchi

Lepas makan semua kembali ke hotel masing2 untuk berehat.Perjalanan yang sangat memenatkan tetapi  kami happy go lucky!!! ehe. . .xsabar dengan aktiviti keesokan harinya.



love from me,
Erin


 







Comments

Popular posts from this blog

TRIP TO SABAH 5D4N | DAY 5

Adat Pepeto

TRIP TO SABAH 5D4N | DAY 2